Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Mendaki Gunung Kutu Kuala Kubu Bharu Selangor

Imej
    5 disember 2012 (Rabu) setelah mengetahui kelas bahasa arab batal aku pergi ke makmal komputer fakulti dan membuka halaman facebook.Tengah membaca beberapa tulisan yang di post oleh rakan-rakan di facebook aku tertarik dengan satu poster yang tertulis "XPDC mendaki Gunung Kutu" anjuran Permadah UM.Entah kenapa tiba-tiba aku terdetik untuk menyertai program ini.Terus aku cepat-cepat menghantar kiriman sms kepada rakanku Husain untuk mendaftarkan diri menyertai program ini. 15 disember 2012 (Sabtu) Aku terkejut dengan alarm handphone menunjukkan pukul 7.05 pagi.Aku tahu yang aku sudah terlewat kerana pada malam itu salah seorang ajk daripada Permadah UM memberitahuku supaya berada pada jam8 pagi di Perpustakaan kerana rombongan akan bertolak dari sana dengan bas.Mandi, packing barang dan solat subuh aku terus pergi berjalan kaki ke pintu gate kolej 12 kerana Husain dan rakan-rakan menunggu aku di sana.Selesai pembahagian barang dan taklimat perjalanan XPDC ke Gunu...