Mendaki Gunung Kutu Kuala Kubu Bharu Selangor


   


5 disember 2012 (Rabu)
setelah mengetahui kelas bahasa arab batal aku pergi ke makmal komputer fakulti dan membuka halaman facebook.Tengah membaca beberapa tulisan yang di post oleh rakan-rakan di facebook aku tertarik dengan satu poster yang tertulis "XPDC mendaki Gunung Kutu" anjuran Permadah UM.Entah kenapa tiba-tiba aku terdetik untuk menyertai program ini.Terus aku cepat-cepat menghantar kiriman sms kepada rakanku Husain untuk mendaftarkan diri menyertai program ini.

15 disember 2012 (Sabtu)
Aku terkejut dengan alarm handphone menunjukkan pukul 7.05 pagi.Aku tahu yang aku sudah terlewat kerana pada malam itu salah seorang ajk daripada Permadah UM memberitahuku supaya berada pada jam8 pagi di Perpustakaan kerana rombongan akan bertolak dari sana dengan bas.Mandi, packing barang dan solat subuh aku terus pergi berjalan kaki ke pintu gate kolej 12 kerana Husain dan rakan-rakan menunggu aku di sana.Selesai pembahagian barang dan taklimat perjalanan XPDC ke Gunung Kutu bas bertolak pada jam 9.25 pagi dan sampai ke kaki sana pada jam 11.25 pagi.Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dengan jarak 80 km dari Kuala Lumpur ke Kuala Kubu Bahru,Selangor. Selesai makan dan solat zuhur di kaki gunung kami mula bertolak bermula jam 1.30 tenghari dengan jumlah rombongan 47 orang.Perjalanan diketuai oleh Abang Azli dan Encik Azman.Perjalanan untuk naik ke puncak gunung sungguh mencabar kerana pada hari itu hujan turun melicinkan pendakian dan jika tersilap langkah boleh membawa padah.

antara rombongan XPDC ke Gunung Kutu

Perjalanan diteruskan dan kami berhenti berehat lebih kurang 6 kali.Lututku terasa bergetar ketika pendakian ini.Pendakian betul-betul menguji fizikal dan mental setiap peserta.berkat kesungguhan semua kami sampai di puncak pada jam 6.30 petang.Maknanya perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 5 jam.

Foto-foto Kenangan di Puncak Bukit Kutu;







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kajian Agama:Lawatan Ke Melaka