Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Kajian Agama:Lawatan Ke Melaka

Imej
Pada 18 dan 19 Mei 2013 seramai 60 orang mahasiswa telah menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat pusat ibadah bagi agama Buddha,Hindu dan Kristian di Melaka.Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dalam subjek Kajian Agama.Antara pelajar yang menyertai rombongan ini adalah daripada kursus Sarjana Muda Usuluddin yang terdiri daripada Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,Jabatan Al-Quran dan Hadis dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.Lawatan ini diirigi sendiri oleh Pensyarah bagi subjek kajian agama iaitu Dr.Khadijah Mohd Hambali. 18 Mei 2013 (Sabtu) Kami berkumpul di Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya pada pukul 6.30 pagi.Kelihatan wajah-wajah kemuraman pada wajah para   mahasiswa yang mengikuti rombongan disebabkan bangun pagi.Walaubagaimanapun wajah-wajah muram itu bertukar gembira selepas kami menikmati sarapan nasi lemak,roti dan air mineral pada pagi itu.Selepas sarapan bas mula bert...