Kajian Agama:Lawatan Ke Melaka


Pada 18 dan 19 Mei 2013 seramai 60 orang mahasiswa telah menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat pusat ibadah bagi agama Buddha,Hindu dan Kristian di Melaka.Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dalam subjek Kajian Agama.Antara pelajar yang menyertai rombongan ini adalah daripada kursus Sarjana Muda Usuluddin yang terdiri daripada Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,Jabatan Al-Quran dan Hadis dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.Lawatan ini diirigi sendiri oleh Pensyarah bagi subjek kajian agama iaitu Dr.Khadijah Mohd Hambali.

18 Mei 2013 (Sabtu)

Kami berkumpul di Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya pada pukul 6.30 pagi.Kelihatan wajah-wajah kemuraman pada wajah para  mahasiswa yang mengikuti rombongan disebabkan bangun pagi.Walaubagaimanapun wajah-wajah muram itu bertukar gembira selepas kami menikmati sarapan nasi lemak,roti dan air mineral pada pagi itu.Selepas sarapan bas mula bertolak dari Universiti Malaya pada pukul 7.30 pagi.

Bergambar bersama rakan-rakan di dalam bas ketika menuju ke Melaka

 

Pada pukul 9.30 pagi, bas sampai ke Bandar Bersejarah iaitu Negeri Melaka.Kami terus menuju ke Lokasi kajian pertama iaitu di Cheng Hoong Teng Temple yang mana tempat ini adalah pusat peribadatan bagi penganut agama Buddha.
Lawatan Pertama ke Cheng Hoong Teng Temple


 
 
 
Apa yang kami ketahui Sepanjang lawatan di pusat ibadah Buddha ini adalah  Cheng Hoong Teng Temple merupakan Tokong tertua di Malaysia yang mana ia juga dikenali sebagai Kwan Yin Teng.Daripada sumber sebuah batu bersurat yang ditemui menunjukkan tokong pertama yang dibina oleh Chinnese Kapitan Tay Kie ki@ Tay Hong Yong pada tahun 1660.
 




Pembakaran Dupa atau  colok mempunyai tujuan tertentu. Penghormatan kepada Buddha dan dewa, penghormatan kepada yang telah meninggal dan memohon hajat. Pembakaran ini bertujuan 1)colok untuk semua upacara keagamaan atau hajat. 2 colok untuk individu yang baru meninggal. 3 colok untuk dewa/Buddha dan juga individu yg telah pun ratusan tahun meninggal dunia.


 

Gambar menunjukkan Sami Buddha melakukkan sembahyang.Apa yang kita lihat adalah sami Buddha ini sebenarnya memberi penghormatan kepada Buddha sebagai seorang manusia yang murni, bijaksana, maha penyayang yang pernah hidup di dunia ini. Sami menyatukan kedua-dua belah tangan  dan membongkokkan badan di hadapan imej Buddha. Semasa membongkok mereka memikirkan tentang Triratna. memejamkan mata supaya  tidak memikirkan perkara yang lain.
Gambar di Sekitar Cheng Hoong Teng Temple

 




Amalan menyembah tuhan bagi penganut Buddha.Mereka sedang memohon hajat dan permohanan seperti untuk mendapatkan kekayaan,pangkat,kesihatan dan sebagainya.Tingkah laku bersujud dan berlutut dilakukan untuk menyembah tuhan mereka.Dewa yang disembah juga berbeza mengikut hajat yang dipohonkan.




Replika Singa ini adalah Menggambarkan 'lelaki' yg menjaga keluarga dan mempastikan kesenangan dan kemewahan keluarga. Cengkaman kaki kepada 'bola' dan mulutnya berisi 'bola makanan' menunjukkan tugasnya sebaga iketua keluarga yang bertanggungjawab mencari rezeki... Kedudukannya di sebelah kiri pintu masuk. Gambaran singa/harimau di sebelah kanan adalah 'wanita'.
 

Singa Wanita menggambarkan wanita yangg perlu dilindungi dan sekiranya diperhatikan di cengkaman kakinya adalah gambaran 'seorang baby'. Bertanggungjawab menguruskan keluarga dan mempastikan ikatan kekeluargaan sentiasa erat. Namun waktu kini, wanita tidak lagi hanya tertumpu kepada urusan keluarga semata. Mereka turut bertanggungjawab dalam urusan kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya itulah Wanita moden...



Kami sempat berbual dengan Uncle Lim yang merupakan penduduk di kawasan tersebut.Menurut beliau singa lelaki dan singa wanita ini adalah petugas sebagai menjaga Cheng Hoong Teng Temple sejak sekian lama.
Bersama Uncle Lim

   Selesai sesi dialog,bergambar dan lawatan di sekitar Cheng Hoong Teng Temple,Kami meneruskan lawatan ke Kuil Hindu di Kampung Cheti pada petang itu namun disebabkan beberapa masalah yang dihadapi lawatan ke Kuil terpaksa ditunda pada sebelah malam sekitar pukul 8 malam.

   Pada petang itu kami hanya merehatkan badan di homestay yang disewa dan ada juga rakan-rakan yang tidur pada petang itu disebabkan keletihan dua jam perjalanan ke Melaka.

Lawatan Kedua ke Kuil Kampung Budaya Chetti Melaka

   Setelah solat maghrib dan isyak kami meneruskan lawatan ke Kuil Kampung Budaya Chetti Melaka pada pukul 8 malam.Kedatangan kami tepat pada masanya kerana upacara peribadatan bagi penganut Hindu sedang berlangsung ketika kami sampai.
Sempat bergambar dihadapan Kuil Kampung Budaya Chetti


  

Ketika berada di Kuil ini, cara ritual yang dilakukkan oleh penganut agama hindu ini dengan menari disertai dengan alunan muzik yang dimainkan oleh petugas.Rasa seram juga melihat ritual ini dilakukan kerana menurut Encik Ganesh salah seorang penduduk di kampong ini upacara ini dilakukan untuk menyambut kedatangan dewa dari langit yang akan turun pada bila-bila masa dan dikatan para penari itu telah dirasuk tanpa menyedarkan diri.

Patung yang berada di bahagian paling dalam Kuil. Belakang Sri Meriyaman. Patung di tengah wanita berbaju hijau namanya Maharajmi. Patung lelaki sebelah kanan, Katharayan. Kiri, Kalthusami. Keduanya merupakan anak kepada Maharajmi. Berpangkat Panglima. Untuk pengetahuan semua, Katharayan dan Kalthusami merupakan roh yang merasuk dalam badan mereka yang menari pada malam tersebut.Ini adalah mengikut kepercayaan bagi agama mereka.
 
 
Pemuzik yang mengiringi tarian

Penganut kepada agama ini bukan sahaja terdiri daripada kalangan bangsa india malahan terdapat ramai juga yang menganut agama ini daripada bangsa cina.Manakala sebahagian daripada penari yang mengiringi upacara pada malam itu adalah dari kalangan kaum cina.

19 Mei 2013 ( Ahad)

   Kami meneruskan lawatan pada hari terakhir dengan merancang pada sebelah pagi melawat ke sebauah gereja di Melaka dan pada sebelah petang melawat ke Gudwara iaitu pusat peribadatan agama Sikh.Namun di sebabkan ada masalah yang tidak dapat untuk dielakkan maka lawatan ke Gudwara dibatalkan dan kami berpeluang untuk melawat ke Gereja sahaja.selepas berkemas barang dan sarapan pada pagi itu kami bertolak ke gereja sekitar pukul 9.30 pagi dan sampai ke lokasi pada jam10 pagi.

Lawatan Ketiga ke St. Peter Church, Banda Hilir, Melaka.


 

 Setelah sampai ke St. Peter Church, Banda Hilir, Melaka, kami disambut baik oleh pembantu-pembantu gereja dan mereka dari kalangan remaja yang dilatih oleh paderi dan jawatankuasa gereja untuk melakukan upacara ritual bagi agama kristian.Rasa teruja dengan layanan yang mereka berikan,Selama ini saya sendiri membuat persepsi bahawa penganut-penganut agama kristian ini memusuhi umat Islam,namun persepsi saya pada hari itu berubah setelah mereka melayan baik rombongan kami dan mereka berfikiran terbuka dengan agama mereka dengan menerangkan segala pertanyaan-pertanyaan kami.

 Gambar di sekita gereja

 


Ini adalah replika gambaran St Peter iaitu Apostle kanan Jesus Menurut apa yang di jelaskan oleh Ustazah Khadijah Mohd Hambali Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,UM Simon Judas Iscariot berasa cemburu kerana St Peter dilantik sebagai orang kanan Jesus. Lalu beliau khianati Jesus sehingga mengheret kepada 'pensaliban' Jesus. Islam meyakini bahawasanya Allah telah menyerupakan wajah Simon Judas Iscariot sebagai nabi Isa dan selamatkan nabi Isa dari tragedi pensaliban.




Menurut kepercayaan Kristian; gambaran yg memperlihatkan John the Baptist sedang 'membaptis' Jesus.
 
                                  Altar/Mazbah dalam St. Peter Church, Banda Hilir, Melaka.

   Sepanjang berada di gereja,kami melihat sendiri upacara-upacara yang mereka jalankan sebagai upacara peibadatan sebagai seorang yang beragama kristian.Antaranya, sebelum masuk untuk duduk di dewan gereja mereka merenjis ke badan mereka dengan air yang dikenali sebagai holly water sebagai tanda penyusian diri.Selain itu, setelah paderi masuk ke dalam gereja iaitu tempat Altar/Mazbah mereka menyanyikan lagu holly spirit iaitu semangat suci yang akan memberi semangat kepada penganut-penganut agama kristian ini untuk terus percaya kepada agama ini.Mereka juga menyanyikan lagu heliluya.Menurut salah seorang penganut agama ini yang sempat saya temubual iaitu Aunty Halen berumur 70 tahun,beliau mengatakan bahawa lagu nyanyian tersebut akan dinyanyikan oleh seluruh penganut agama kristian di dunia dengan rangkap lirik yang sama namun hanya alunan sahaja yang membezakan.Menurut Aunty Halen lagi sebelum upacara sembahyang pada hari itu dijalankan,penganut agama kristian dikehendaki berpuasa selama sejam.Puasa  ini bagi memenuhi kewajipan yang telah ditetapkan dalam agama kristian.
Berbual mesra bersama Aunty Halen

 

   Selesai sahaja lagu heliluya dinyanyikan oleh hadirin di dewan itu, agenda diteruskan dengan Paderi di Gereja St. Peter Church, Banda Hilir, Melaka iaitu Father Michael  membacakan kitab bible dengan versi dalam bahasa inggeris dan selepas itu memberikan nasihat kepada hadirin di dewan gereja pada hari itu.Kedatangan kami pada hari itu bukan bersendirian tetapi turut ditemani secara tidak langsung  daripada rombongan Perkim Melaka yang turut mengadakan lawatan pada hari itu juga.

   Upacara sembahyang ini berlangsung selama sejam.Sebelum bersurai, sebuah tabung akan dibawa oleh petugas bertujuan mengutip derma daripada penganut agama kristian di dewan itu.Saya sempat bertanya kepada Aunty halen tentang tujuan kutipan derma itu dijalankan dan beliau menjawab duit-duit yang dikumpul itu akan diberi atau disedekahkan kepada golongan miskin atau golongan yang memerlukan kewangan.Selain itu, sebuah roti yang tidak beragi atau disebut paskah yahudi diberikan kepada hadirin di dewan gereja yang sembahyang dan akan dimakan.Roti ini dimakan bertujuan untuk memperingati Nabi Isa atau yang mereka percaya sebagai Jesus yang telah memberikan murid-muridnya untuk makan sebelum dirinya di salib.Dalam agama Islam,mempercayai bahawasanya Nabi Isa diangkat oleh Allah SWT ke langit dan akan diturunkan pada akhir zaman kelak.Namun bagi kepercayaan agama kristian mereka percaya bahawa Jesus telah dibunuh di tiang salib oleh yahudi.Mereka memecahkan roti tersebut dan memakannya.

Bergambar sebelum sesi dialog dimulakan.hehe…


Sesi dialog yang di sampaikan oleh Father Michael

Hadiah daripada pihak gereja…Air kotak bunga matahari.bersama Safwan

 
Bergambar bersama Ummi Khadijah Mohd Hambali dan rombongan setelah selesai lawatan di Gereja St. Peter Church, Banda Hilir, Melaka.

   Sesungguhnya lawatan kajian agama ini banyak memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan kepada para pelajar.apa yang dapat disimpulkan bahawa untuk menyampaikan dakwah islamiyah kepada mad’u yang bukan beragama Islam mestilah mengetahui dan mengkaji dahulu latar belakang agama yang mereka anuti.Banyak juga yang kami sedari dalam lawatan ini tentang kelemahan kami dalam berdialog terhadap pihak agama lain.Contohnya bagaimana untuk bertanya soalan tanpa menyinggung perasaan mereka.terima kasih kepada Ummi Khadijah Mohd Hambali,Tiutor pengiring kami Suhaida Shaharud-din  dan Abang Nizam (Pelajar Master Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam). Moga-moga lawatan ini menjadi batu loncatan pertama kami dalam meneruskan legasi dakwah  terhadap non muslim ini. Insya Allah

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mendaki Gunung Kutu Kuala Kubu Bharu Selangor