Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015
Imej
Khidmat Masyarakat di Kampung Tebuk Jawa Assalamualaikum wbt Pada 13 april 2012 bersamaan pada hari jumaat,paserta khidmat masyarakat bersiap untuk bertolak ke lokasi program iaitu di Kampung Tebuk Jawa,Sabak Bernam.Pada awal pagi itu,aku sempat memasuki kuliah bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Kira-kira jam 11 pagi aku,Hilmi dan Zamri terpaksa berjalan kaki ke Masjid ar-rahman Universiti Malaya kerana bas yang membawa rombongan peserta ke lokasi program bertolak dari sana.Fuh! berpeluh juga badan berjalan kaki dengan membawa beg dari barang-barang kelengkapan program. Bas bertolak pada jam11 pagi dan selepas dua jam perjalanan akhirnya sampai juga ke destinasi Kampung Jawa.Di kampung ini,suasananya amat tenang bebas daripada hiruk piruk kesibukan kota raya mertopolitan Kuala Lumpur.Suasana di kampung ini membuatkan aku teringat Kampung Beliajung di Sabah. Kami tiba tepat pada masanya,iaitu pada waktu solat jumaat.Selesai bersolat jumaat kami makan dan selepas itu bermu...
Imej
Dakwah merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang bergelar muslim.Menyeru kepada kebenaran dengan mentauhidkan Allah s.w.t adalah tugas para rasul,para nabi, para aulia serta orang solihin terdahulu yang mesti diteruskan oleh masyarakat muslim pada hari ini.sebagaimana Firman Allah dalam surah Fushilat ayat 33 yang bermaksud:  “ Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata:Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri,” Maka apa yang penting untuk dilakukan oleh para pendakwah adalah menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat bukan Islam yang kurang memahami ajaran Islam ini.Bukanlah satu tugas pendakwah untuk memastikan atau memaksa mad’u tersebut supaya memeluk agama Islam.Hal ini kerana tugas memberi hidayah adalah tugas Allah s.w.t yang Mulia terhadap hamba-hamba-Nya.Hal ini telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud   “Jika Allah s.w.t memberi hi...