Dakwah merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang bergelar
muslim.Menyeru kepada kebenaran dengan mentauhidkan Allah s.w.t adalah tugas
para rasul,para nabi, para aulia serta orang solihin terdahulu yang mesti diteruskan
oleh masyarakat muslim pada hari ini.sebagaimana Firman Allah dalam surah
Fushilat ayat 33 yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik
perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang
soleh dan berkata:Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri,”
Maka apa yang penting untuk dilakukan oleh para pendakwah adalah
menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat bukan Islam yang kurang memahami
ajaran Islam ini.Bukanlah satu tugas pendakwah untuk memastikan atau memaksa
mad’u tersebut supaya memeluk agama Islam.Hal ini kerana tugas memberi hidayah
adalah tugas Allah s.w.t yang Mulia terhadap hamba-hamba-Nya.Hal ini telah
disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud
“Jika Allah s.w.t memberi
hidayah kepada seseoang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada
setiap apa yang disinari matahari.” Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam
at-Tabrani.
Lantaran itu, apa yang perlu dilakukan oleh pendakwah adalah
memastikan seruan Islam itu sampai ke segenap pelosok dunia.
Berpeluang menjejakan kaki ke sebuah perkampungan yang jauh
daripada pengaruh bandar dan hirup-piruk kota metropolitan menjadikan kampung
tersebut tenang dengan kedamaian dan kesatuan warga penduduknya yang rata-rata
adalah berbangsa Cina.Sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah pulau
terpencil dengan keluasan sekitar 22 hektar diberi nama Pulau Ketam.Untuk
sampai ke pulau ini amatlah mudah kerana daripada Kuala Lumpur seseorang boleh
menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang dengan
kadar tambang sebanyak RM4 dan tempoh perjalanan yang diambil adalah sekitar
satu jam.Selepas itu seseorang itu perlu menempuhi goncangan ombak laut kerana
untuk sampai ke Pulau Ketam adalah terpaksa menaiki feri yang disediakan. Kadar
bayaran sebanyak RM7 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak dengan tempoh masa
yang diambil adalah selama 30 minit sahaja.
Kini, keindahan dan perkembangan pembangunan di Pulau Ketam semakin
pesat membangun.Di sana terdapat balai bomba, balai polis, sekolah rendah dan
sekolah menengah serta terdapat juga sebuah balai Islam yang dibina.Namun dalam
melihat pembangunan yang pesat membangun amatlah mengecewakan apabila agama
Islam tidak pesat membangun serancak pembinaan bangunan yang tersergam indah di
pulau itu.Apa yang mengejutkan menurut laporan hanya 100 orang daripada 10,000
orang jumlah penduduk di pulau berkenaan beragama Islam.Jumlah ini amatlah
kecil apabila dinisbahkan hanya seorang daripada 100 orang penduduk di situ
beragama Islam.Itu pun mengikut kebarangkalian jumlah tersebut telah pun
dimasukkan penduduk yang datang dari negara seberang Indonesia yang bekerja di
pulau itu.Ini bermakna jumlah penduduk tempatan hanya sedikit sahaja memeluk
agama Islam.
Memang diakui,
pelbagai jabatan agama dari unit dakwah telah pun keluar masuk silih berganti
di pulau ini dalam meneruskan aktiviti dakwah.Malangnya dakwah tersebut kurang
mendapat sambutan positif daripada penduduk setempat.Ini menyebabkan lambatnya
seruan Islam berkembang di pulau berkenaan dan adalah menjadi kewajipan untuk
mengetahui punca dan masalah dakwah di Pulau Ketam.
Menurut Wiwik
binti Bahrum 42, yang merupakan salah seorang penduduk yang tinggal di Pulau
Ketam sejak 40 tahun yang lalu Balai Islam yang terdapat di pulau berkenaan
tidak dapat diimarahkan kerana tidak terdapat seorang ustaz yang betul-betul
duduk tetap dikampung itu.Kalau ada pun ustaz atau pendakwah yang datang ke
pulau berkenaan tempoh tersebut hanya mengambil masa 2 atau 3 hari sahaja, itu
pun disebabkan program yang dianjurkan.Jadi amat sukar untuk kami untuk solat
di surau berkenaan kerana tidak ada orang yang memimpin menguruskannya.”Kadang-kadang,
ada juga jemaah yang datang dibalai tu, itu pun pekerja Indonesia yang datang
bekerja di Pulau Ketam sebagai pekerja kontrak membina bangunan.Kalau dia pun
sibuk memang tiadalah bunyi azan kedengaran.”Katanya lagi.
Maka apa yang
menjadi masalah dakwah di pulau tersebut adalah tidak ada pendakwah yang datang
dikhaskan untuk mengajar kepada masyarakat di Pulau Ketam.Pendakwah yang datang
hanya meninjau keadaan pulau atau pun mengadakan program selama tiga hari dan
dua malam dengan penganjuran sukaneka, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah
agama atau pun program qiyamulail.Program-program ini menyebabkan terhad untuk
penduduk di pulau tersebut untuk bertanyakan tentang ajaran Islam atau
mendalami lagi tentang pendidikan Islam.
Selain daripada
itu, di pulau tersebut hanya terdapat tiga buah sekolah rendah dan satu sekolah
menengah sahaja bagi kegunaan pendidikan kepada kanak-kanak dan remaja.Itu pun
sekolah-sekolah yang dibina adalah sekolah Cina untuk kegunaan masyarakat di
sana.Menurut Makcik Wiwik 42, beliau terpaksa menghantar anaknya yang berusia 6
tahun ke sekolah Cina disebabkan tidak ada pilihan lain untuk menghantar
anaknya itu..Bukanlah menjadi satu kesalahan bagi seorang anak melayu untuk
bersekolah di sekolah Cina namun pendidikan terhadap agama Islam adalah terhad
sama sekali sekiranya tidak dihantar ke sekolah yang memberikan pendidikan
agama secara keseluruhan semenjak usia muda.Keadaan ini menyebabkan kurangnya
pendedahan aspek pendidikan Islam kepada kanak-kanak dan remaja dipulau
tersebut dan akibatnya perkembangan agama Islam menjadi perlahan.
Bagi sesebuah kampung
yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat warga Cina, memanglah satu
kemestian bagi mereka menggunakan bahasa ibunda dalam pergaulan seharian.Kebanyakkan
penduduk di sana tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu.Hal ini
kemungkinan salah satu masalah yang menyebabkan dakwah Islam tidak dapat
disebarkan dengan pesat di Pulau Ketam.Pendakwah-pendakwah Melayu yang datang
ke sini tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan ajaran Islam yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada umat akhir zaman ini disebabkan masalah
komunikasi antara pendakwah dan warga setempat.Maka masalah ini seharusnya
diatasi dengan menjemput pendakwah-pendakwah yang berbangsa Cina sendiri untuk
menggalas tugas di Pulau Ketam dalam menyebarkan syiar Islam.pendakwah dari
kalangan Cina tersebut boleh memainkan peranan sama ada daripada Persatuan
Muslim Malaysia (MACMA) atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
sendiri.Walaubagaimanapun pendakwah bukan berbangsa Cina juga boleh menyertai
dakwah tersebut apabila mempunyai semangat kental untuk mempelajari bahasa Cina
hatta bahasa India sekali pun dan itu merupakan satu kemestian yang patut
dilakukan oleh para pendakwah masa kini dengan menguasai bahasa
asing.Penguasaan bahasa itu penting bagi tujuan dakwah disebabkan di negara ini
masyarakatnya hidup berbilang kaum, pelbagai adat,budaya dan kepelbagaian
bahasa itu sendiri.
Salah seorang
daripada unit dakwah Yayasan Amal Selangor berkongsi cerita sepanjang
pengalamannya bekerja dan berdakwah di pulau tersebut semenjak tahun
2000.Beliau menceritakan bagaimana pada suatu masa dahulu pendakwah yang datang
secara berkumpulan menyebabkan penduduk di pulau ini lari meninggalkan
pendakwah tersebut disebabkan takut agenda yang dibawa.Maka apa yang dilakukan,
mereka menggunakan strategi dakwah secara perseorangan atau pun secara berdua
untuk berjumpa penduduk dan memberitahu tentang ajaran Islam.Ini kerana dakwah
secara berkumpulan adalah sukar diterima oleh penduduk di pulau ini.
Allah s.w.t
telah menjelaskan di dalam kitab suci Al-Quran tentang kedudukan dan peranan
orang-orang Mukmin dalam kehidupan mereka di atas muka bumi ini dalam surah
Ali-‘Imran ayat 110 yang maksudnya:
“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilairkan untuk (kemaslahatan)
manusia, kamu menyeuruh (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu
mencegah dari kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah”.
Secara jelas ayat diatas memperlihatkan betapa usaha-usaha dakwah
menyeru manusia supaya mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya adalah
usaha-usaha yang sangat tinggi lagi mulia bahkan Allah Ta’ala memerintahkan
agar orang-orang mukmin bersatu dan menggemblengkan tenaga untuk
melaksanakannya.
Dakwah pada
hari ini hendaklah diberi nafas baru, supaya ia dapat diselaraskan dengan
metode yang jelas bagi menghasilkan keberkesanan yang lebih baik lagi.Walaupun
manhaj dakwah secara umum boleh diikuti di negara ini, namun ia masih
memerlukan penekanan kepada perkara-perkara tertentu dalam semua sudut
metodologi.Hal ini kerana supaya dakwah di Pulau Ketam dapat dilaksanakan
mengikut tabiat dan kesesuaian sasaran.Maka, tabiat-tabiat tersebut hendaklah
diketahui oleh para pendakwah melalui penyelidikan budaya dan adat resam supaya
masalah dakwah boleh diatasi terhadap sasaran
Justeru,
usaha-usaha harus dilaksanakan dengan mengatasi masalah-masalah dakwah yang terdapat di Pulau Ketam.Mengimbas metode
dakwah yang dilakukan oleh Wali Songo di Tanah Jawa dengan menubuhkan
penempatan dan pusat khas pengajian ilmu di sesebuah kampung dengan mereka
sendiri mengusahakan diri menjadi guru untuk memberi kefahaman mendalam tentang
ajaran Islam kepada masyarakat yang dikuasai oleh kerajaan Majapahit ketika
itu.Kaedah dakwah ini seharusnya menjadi titik mula kepada para pendakwah untuk
mencontohi metode dakwah yang dibawa oleh Wali Songo dalam meneruskan delegasi
dakwah di bumi Pulau Ketam ini.
Ulasan
Catat Ulasan