Khidmat Masyarakat di Kampung Tebuk Jawa
Assalamualaikum wbt
Pada 13 april 2012 bersamaan pada hari jumaat,paserta khidmat masyarakat bersiap untuk bertolak ke lokasi program iaitu di Kampung Tebuk Jawa,Sabak Bernam.Pada awal pagi itu,aku sempat memasuki kuliah bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Kira-kira jam 11 pagi aku,Hilmi dan Zamri terpaksa berjalan kaki ke Masjid ar-rahman Universiti Malaya kerana bas yang membawa rombongan peserta ke lokasi program bertolak dari sana.Fuh! berpeluh juga badan berjalan kaki dengan membawa beg dari barang-barang kelengkapan program.
Bas bertolak pada jam11 pagi dan selepas dua jam perjalanan akhirnya sampai juga ke destinasi Kampung Jawa.Di kampung ini,suasananya amat tenang bebas daripada hiruk piruk kesibukan kota raya mertopolitan Kuala Lumpur.Suasana di kampung ini membuatkan aku teringat Kampung Beliajung di Sabah.
Kami tiba tepat pada masanya,iaitu pada waktu solat jumaat.Selesai bersolat jumaat kami makan dan selepas itu bermulalah sesi penyerahan anak angkat kepada penduduk kampung Tebuk Jawa.Hati aku rasa berdebar juga memikirkan siapa kah gerangan keluarga angkat aku sepanjang program ini berlangsung.Akhirnya nama aku diumumkan dan aku telah ditakdirkan untuk diserahkan kepada keluarga Haji Sulam dan Puan Ruqayah bersama-sama seorang lagi peserta program yang baru aku kenali iaitu Amir Nabil.Kami diperkenalkan kepada keluarga angkat dan selepas itu pulang ke rumah.Aku dan Nabil untuk mengambil keputusan untuk memanggil pak cik dan mak cik sahaja kepada Ayah dan mak angkat kami ini.Di sini kami sempat juga berkenalan dengan anak-anak kandung kepada ayah dan mak angkat kami ini.Mereka Zharief,Zhafrie,Farah,Aiman dan juga Asyraf.Petang itu kami berborak santai sahaja sambil berkenal-kenalan.

Bergambar bersama keluarga angkat, Haji Sulam dan Puan Ruqayah |
Pada sebelah malam,tiada sebarang program khas dalam program itu.Aku dan Nabil mengikuti ayah angkat pergi ke Kompleks Sukan Sabak Bernam keranan ada anjuran program bersama Menteri Besar Selangor.Sempat juga berkenal-kenalan dengan masyarakat di sekitar sini.Semuanya baik-baik belaka.Aku yang asalnya seorang pemalu tiba-tiba sahaja hilang malu kerana kemesraan mereka membuatkan aku tidak kekok untuk bersembang bersama.
Ulasan
Catat Ulasan