Kajian Agama:Lawatan Ke Melaka
Pada
18 dan 19 Mei 2013 seramai 60 orang mahasiswa telah menyertai lawatan sambil
belajar ke tempat-tempat pusat ibadah bagi agama Buddha,Hindu dan Kristian di
Melaka.Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan
dalam subjek Kajian Agama.Antara pelajar yang menyertai rombongan ini adalah
daripada kursus Sarjana Muda Usuluddin yang terdiri daripada Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan,Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,Jabatan Al-Quran dan Hadis
dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.Lawatan ini diirigi sendiri oleh
Pensyarah bagi subjek kajian agama iaitu Dr.Khadijah Mohd Hambali.
18 Mei 2013 (Sabtu)
Kami berkumpul di
Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya pada pukul 6.30 pagi.Kelihatan
wajah-wajah kemuraman pada wajah para mahasiswa
yang mengikuti rombongan disebabkan bangun pagi.Walaubagaimanapun wajah-wajah
muram itu bertukar gembira selepas kami menikmati sarapan nasi lemak,roti dan
air mineral pada pagi itu.Selepas sarapan bas mula bertolak dari Universiti
Malaya pada pukul 7.30 pagi.
Pada pukul 9.30 pagi,
bas sampai ke Bandar Bersejarah iaitu Negeri Melaka.Kami terus menuju ke Lokasi
kajian pertama iaitu di Cheng Hoong Teng Temple yang mana tempat ini adalah
pusat peribadatan bagi penganut agama Buddha.
Lawatan Pertama ke Cheng Hoong Teng
Temple
Apa yang kami ketahui
Sepanjang lawatan di pusat ibadah Buddha ini adalah Cheng Hoong Teng Temple merupakan Tokong
tertua di Malaysia yang mana ia juga dikenali sebagai Kwan Yin Teng.Daripada
sumber sebuah batu bersurat yang ditemui menunjukkan tokong pertama yang dibina
oleh Chinnese Kapitan Tay Kie ki@ Tay
Hong Yong pada tahun 1660.
Pembakaran Dupa
atau colok mempunyai tujuan
tertentu. Penghormatan kepada Buddha dan dewa, penghormatan kepada yang
telah meninggal dan memohon hajat. Pembakaran ini bertujuan 1)colok untuk
semua upacara keagamaan atau hajat. 2 colok untuk individu yang baru
meninggal. 3 colok untuk dewa/Buddha dan juga individu yg telah pun ratusan
tahun meninggal dunia.
|
Gambar menunjukkan Sami Buddha
melakukkan sembahyang.Apa yang kita lihat adalah sami Buddha ini sebenarnya
memberi penghormatan kepada Buddha sebagai seorang manusia yang murni,
bijaksana, maha penyayang yang pernah hidup di dunia ini. Sami menyatukan kedua-dua belah tangan dan membongkokkan badan di hadapan imej
Buddha. Semasa membongkok mereka
memikirkan tentang Triratna. memejamkan mata supaya tidak memikirkan perkara yang lain.
|
Amalan menyembah
tuhan bagi penganut Buddha.Mereka sedang memohon hajat dan permohanan
seperti untuk mendapatkan kekayaan,pangkat,kesihatan dan sebagainya.Tingkah
laku bersujud dan berlutut dilakukan untuk menyembah tuhan mereka.Dewa yang
disembah juga berbeza mengikut hajat yang dipohonkan.
|
Replika Singa ini
adalah Menggambarkan 'lelaki' yg menjaga keluarga dan mempastikan
kesenangan dan kemewahan keluarga. Cengkaman kaki kepada 'bola' dan
mulutnya berisi 'bola makanan' menunjukkan tugasnya sebaga iketua keluarga
yang bertanggungjawab mencari rezeki... Kedudukannya di sebelah kiri pintu
masuk. Gambaran singa/harimau di sebelah kanan adalah 'wanita'.
|
Singa Wanita
menggambarkan wanita yangg perlu dilindungi dan sekiranya diperhatikan di
cengkaman kakinya adalah gambaran 'seorang baby'. Bertanggungjawab
menguruskan keluarga dan mempastikan ikatan kekeluargaan sentiasa erat.
Namun waktu kini, wanita tidak lagi hanya tertumpu kepada urusan keluarga
semata. Mereka turut bertanggungjawab dalam urusan kemasyarakatan, politik,
ekonomi dan sebagainya itulah Wanita moden...
|
Bersama Uncle Lim
Selesai sesi
dialog,bergambar dan lawatan di sekitar Cheng Hoong Teng Temple,Kami meneruskan
lawatan ke Kuil Hindu di Kampung Cheti pada petang itu namun disebabkan
beberapa masalah yang dihadapi lawatan ke Kuil terpaksa ditunda pada sebelah
malam sekitar pukul 8 malam.
Pada petang
itu kami hanya merehatkan badan di homestay yang disewa dan ada juga
rakan-rakan yang tidur pada petang itu disebabkan keletihan dua jam perjalanan
ke Melaka.
Lawatan
Kedua ke Kuil Kampung Budaya Chetti Melaka
Setelah solat
maghrib dan isyak kami meneruskan lawatan ke Kuil Kampung Budaya Chetti Melaka
pada pukul 8 malam.Kedatangan kami tepat pada masanya kerana upacara
peribadatan bagi penganut Hindu sedang berlangsung ketika kami sampai.
Sempat
bergambar dihadapan Kuil Kampung Budaya Chetti
Patung yang berada di bahagian paling dalam Kuil.
Belakang Sri Meriyaman. Patung di tengah wanita berbaju hijau namanya
Maharajmi. Patung lelaki sebelah kanan, Katharayan. Kiri, Kalthusami. Keduanya
merupakan anak kepada Maharajmi. Berpangkat Panglima. Untuk pengetahuan semua,
Katharayan dan Kalthusami merupakan roh yang merasuk dalam badan mereka yang
menari pada malam tersebut.Ini adalah mengikut kepercayaan bagi agama mereka.
Pemuzik yang mengiringi tarian
Penganut kepada agama ini bukan sahaja terdiri
daripada kalangan bangsa india malahan terdapat ramai juga yang menganut agama
ini daripada bangsa cina.Manakala sebahagian daripada penari yang mengiringi
upacara pada malam itu adalah dari kalangan kaum cina.
19 Mei 2013 ( Ahad)
Kami
meneruskan lawatan pada hari terakhir dengan merancang pada sebelah pagi
melawat ke sebauah gereja di Melaka dan pada sebelah petang melawat ke Gudwara
iaitu pusat peribadatan agama Sikh.Namun di sebabkan ada masalah yang tidak
dapat untuk dielakkan maka lawatan ke Gudwara dibatalkan dan kami berpeluang
untuk melawat ke Gereja sahaja.selepas berkemas barang dan sarapan pada pagi
itu kami bertolak ke gereja sekitar pukul 9.30 pagi dan sampai ke lokasi pada
jam10 pagi.
Ini adalah replika gambaran
St Peter iaitu Apostle kanan Jesus Menurut apa yang di jelaskan oleh
Ustazah Khadijah Mohd Hambali Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam,UM Simon Judas Iscariot berasa cemburu kerana St Peter dilantik sebagai
orang kanan Jesus. Lalu beliau khianati Jesus sehingga mengheret kepada
'pensaliban' Jesus. Islam meyakini bahawasanya Allah telah menyerupakan
wajah Simon Judas Iscariot sebagai nabi Isa dan selamatkan nabi Isa dari
tragedi pensaliban.
|
Sepanjang
berada di gereja,kami melihat sendiri upacara-upacara yang mereka jalankan
sebagai upacara peibadatan sebagai seorang yang beragama kristian.Antaranya,
sebelum masuk untuk duduk di dewan gereja mereka merenjis ke badan mereka
dengan air yang dikenali sebagai holly
water sebagai tanda penyusian diri.Selain itu, setelah paderi masuk ke
dalam gereja iaitu tempat Altar/Mazbah mereka menyanyikan lagu holly spirit iaitu semangat suci yang
akan memberi semangat kepada penganut-penganut agama kristian ini untuk terus
percaya kepada agama ini.Mereka juga menyanyikan lagu heliluya.Menurut salah seorang penganut agama ini yang sempat saya
temubual iaitu Aunty Halen berumur 70 tahun,beliau mengatakan bahawa lagu nyanyian
tersebut akan dinyanyikan oleh seluruh penganut agama kristian di dunia dengan
rangkap lirik yang sama namun hanya alunan sahaja yang membezakan.Menurut Aunty
Halen lagi sebelum upacara sembahyang pada hari itu dijalankan,penganut agama
kristian dikehendaki berpuasa selama sejam.Puasa ini bagi memenuhi kewajipan yang telah
ditetapkan dalam agama kristian.
Berbual mesra bersama Aunty Halen
Selesai
sahaja lagu heliluya dinyanyikan oleh
hadirin di dewan itu, agenda diteruskan dengan Paderi di Gereja St. Peter
Church, Banda Hilir, Melaka iaitu Father Michael membacakan kitab bible dengan versi dalam
bahasa inggeris dan selepas itu memberikan nasihat kepada hadirin di dewan
gereja pada hari itu.Kedatangan kami pada hari itu bukan bersendirian tetapi turut
ditemani secara tidak langsung daripada
rombongan Perkim Melaka yang turut mengadakan lawatan pada hari itu juga.
Upacara
sembahyang ini berlangsung selama sejam.Sebelum bersurai, sebuah tabung akan
dibawa oleh petugas bertujuan mengutip derma daripada penganut agama kristian
di dewan itu.Saya sempat bertanya kepada Aunty halen tentang tujuan kutipan
derma itu dijalankan dan beliau menjawab duit-duit yang dikumpul itu akan
diberi atau disedekahkan kepada golongan miskin atau golongan yang memerlukan
kewangan.Selain itu, sebuah roti yang tidak beragi atau disebut paskah yahudi
diberikan kepada hadirin di dewan gereja yang sembahyang dan akan dimakan.Roti
ini dimakan bertujuan untuk memperingati Nabi Isa atau yang mereka percaya
sebagai Jesus yang telah memberikan murid-muridnya untuk makan sebelum dirinya
di salib.Dalam agama Islam,mempercayai bahawasanya Nabi Isa diangkat oleh Allah
SWT ke langit dan akan diturunkan pada akhir zaman kelak.Namun bagi kepercayaan
agama kristian mereka percaya bahawa Jesus telah dibunuh di tiang salib oleh
yahudi.Mereka memecahkan roti tersebut dan memakannya.
Bergambar sebelum sesi dialog dimulakan.hehe…
Sesi dialog yang di sampaikan oleh Father Michael
Hadiah daripada pihak gereja…Air kotak bunga matahari.bersama Safwan
Sesi dialog yang di sampaikan oleh Father Michael
Hadiah daripada pihak gereja…Air kotak bunga matahari.bersama Safwan
Bergambar bersama Ummi Khadijah Mohd Hambali dan
rombongan setelah selesai lawatan di Gereja St. Peter Church, Banda Hilir,
Melaka.
Sesungguhnya
lawatan kajian agama ini banyak memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan kepada
para pelajar.apa yang dapat disimpulkan bahawa untuk menyampaikan dakwah
islamiyah kepada mad’u yang bukan beragama Islam mestilah mengetahui dan
mengkaji dahulu latar belakang agama yang mereka anuti.Banyak juga yang kami
sedari dalam lawatan ini tentang kelemahan kami dalam berdialog terhadap pihak
agama lain.Contohnya bagaimana untuk bertanya soalan tanpa menyinggung perasaan
mereka.terima kasih kepada Ummi Khadijah Mohd Hambali,Tiutor pengiring kami Suhaida Shaharud-din dan Abang Nizam (Pelajar Master Jabatan Akidah
dan Pemikiran Islam). Moga-moga lawatan ini menjadi batu loncatan pertama kami
dalam meneruskan legasi dakwah terhadap
non muslim ini. Insya Allah…
Baik
BalasPadam